Mengapa Sesetengah Orang Mengalah dalam Mengejar Impian?

Share on facebook
Share on linkedin
Share on google
Share on whatsapp

Mengapa sesetengah orang mengalah dalam mengejar impian mereka sewaktu berproses?

Kerana mungkin sampai satu tahap, mereka mula merasakan impian itu adalah mustahil untuk dicapai.

Mereka mula percaya bahawa mereka tidak mampu, tidak layak dan tiada kemahiran yang diperlukan.

Tapi jika kita tidak menuruti kemahuan hati,
Memenuhi impian dan minat kita,
Dan menafikan kehidupan yang kita dambakan,
Maka bagaimana yang kita akan jadi nanti?

Adakah hidup kita akan benar-benar bahagia?

Sebenarnya, apa yang penting adalah kita harus memecahkan matlamat kita kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil. (BREAKDOWN YOUR GOALS)

Perkara yang kita boleh capai hari ini akan membawa kita selangkah lebih dekat dengan matlamat terakhir dan impian yang sebenar.

Mengapa?

Kerana kita tidak boleh mencapai bintang dengan hanya memandangnya.

Dan apabila ia terlihat jauh; kita akan mudah untuk menjadi lemah semangat..

… dan berputus asa.

Maka, ambil sedikit masa untuk memecahkan impian kita kepada beberapa matlamat-matlamat kecil.

Jangan biarkan kesukarannya melemahkan anda.

In Sya Allah, anda boleh mencapainya, tetapi pertama sekali anda perlu mula melangkah dan bertindak …

Bismillah …

adm168borneoid

adm168borneoid

Leave a Replay

BORNEO GROUP

Perusahan Indonesia yang sedang pesat berkembang di seluruh kota kota dan membentuk pengusaha muda.

Recent Posts

Official FB Page

Our Corporate Video

Play Video

Enquiries . . .

Sign up for our Newsletter

By submitting, you are giving us the permission to sent you our regular updates to your email address.