Bermula Dengan Matlamat

Share on facebook
Share on linkedin
Share on google
Share on whatsapp

Perjalanan bermula dengan matlamat.

“ORANG yang paling mengecewakan di dunia adalah mereka yang diberi penglihatan tetapi tidak punya wawasan.”

Itu jawaban Hellen Keller kepada pertanyaan orang kepadanya apakah ada sesuatu yang lebih buruk daripada menjadi buta. Hellen Keller adalah seorang wanita yang berjaya walaupun matanya buta.

Pakar motivasi Napoleon Hill, yang membuat kajian ke atas lebih 20,000 orang sepanjang lebih 20 tahun, mendapati 95 peratus daripada golongan orang yang dikajinya itu gagal disebabkan sama ada mereka tidak cukup wang atau mempunyai wang hanya sekadar cukup hidup. Hanya 5 peratus sahaja daripada mereka dinilainya berjaya iaitu yang mempunyai cukup wang bagi memenuhi keperluan hidup masing-masing serta kelebihan yang membolehkan mereka berdikari.

Kajiannya itu mendapati orang-orang yang berjaya itu terdiri daripada mereka yang ada matlamat hidup yang jelas serta perancangan yang pasti bagi mencapai matlamat masing-masing.

Mereka semua bermula kerana mempunyai wawasan.

Dengan wawasan, anda menentukan matlamat. Dengan mempunyai matlamat, anda dapat lebih memberikan tumpuan kepada hal-hal yang penting dan perlu, bijak mengenalpasti setiap peluang yang ada dan seterusnya berupaya membuat keputusan yang cepat dan tepat.

Maka pasanglah matlamat yang betul dengan membentuk satu gambaran khas apa yang anda ingin capai. Kemudian, lakarlah perancangan untuk anda mencapainya.

Matlamat adalah pendorong untuk menjadikan wawasan satu kenyataan.

Ingatlah sejarah awal Nabi Muhammad saw. Ketika sedang berada di Madinah, baginda terus merindui Mekah. Baginda memasang harapan semoga satu hari kelak akan dapat kembali ke bumi kelahirannya.

Harapan itu menjadi kenyataan. Kekuatan umat Islam yang baginda bangunkan di Madinah membolehkan mereka kembali masuk ke Mekah dan membebaskannya.

Pastikan anda mempunyai matlamat dalam memulakan sesuatu perjalanan.

Bismillah … In Sya Allah

adm168borneoid

adm168borneoid

Leave a Replay

BORNEO GROUP

Perusahan Indonesia yang sedang pesat berkembang di seluruh kota kota dan membentuk pengusaha muda.

Recent Posts

Official FB Page

Our Corporate Video

Play Video

Enquiries . . .

Sign up for our Newsletter

By submitting, you are giving us the permission to sent you our regular updates to your email address.